Wednesday 9 November 2011

Aidiladha membawa erti pengorbanan...

Assalamualaikum...
Kembali semula dlm menulis blog yg hampir sebulan ditinggalkan...sempena hari raya aidiladha ni...aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam di dunia ni..kullu a`min waantum bilkhair...sinonim dengan istilah korban ni...aku nk bawa satu cerita mengenai pengorbanan yang aku buat jugak..
sebut je hari raya...dh tentu la universiti aku pon bagi cuti....TAPI..alangkah x nikmatnya cuti ni bila semua lecturer berebut nk bagi kerja untuk bekalan masa cuti...huhu...dengan assignment yang melambak-lambak...naik cuti lak ada mcm-mcm kuiz menunggu...x kira lagi final exam yang x sampai 2 buln lg...fuhh...betul la orang kata lagi best blaja kt skola daripada universiti ni sebab kt sekolah sure-surenya akhir taun dpt cuti skola yang sngt panjang walaupun masih ada 'homework' yang perlu disiapkan (x pernah rasanya siapkan 'homework' kt rumah mse zaman skola dulu)....tapi bersyukur lah sebab masih ada ruang masa juga untuk aku menikmati juadah hari raya masakan mak aku berbanding orang-orang yang berada di perantauan yang x dapat nk balik raya tu kn...rasanya sampai sini je la dulu sebab nk sambung menyibukkan diri dengan 'homework' tu semula....moralnya...setiap pengorbanan yang kita lakukan pada masa sekarang pasti membawa impak positif pada masa hadapan....jadi...ikhlaskan la diri dalam melakukan pengorbanan tersebut walaupun pada hakikatnya pengorbanan itu tidak membawa erti kepada kita pada masa sekarang..wassalam..:-)

Friday 14 October 2011

Kehidupan baru...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...akhirnya menjengah ke blog ni juga setelah sekian lama meninggalkannya...kehidupan di universiti membuatkan diri terasa kerdil untuk melakukan semua perkara dalam satu masa....gelaran mahasiswa terlalu besar maknanya dari segi tanggungjawab dan bebanan kerja yang setaraf dengan namanya...walaupun baru melangkah tahun pertama di universiti, tetapi gambaran kehidupan sebagai mahasiswa sudah cukup membuatkan diri ini terlalu lemah untuk menghadapi semua ini...semoga Allah memberikan kekuatan kepada aku untuk menghabiskan sesi pengajian selama 4 tahun di sini...

Bila sebut je universiti lagi-lagi dalam program ijazah sarjana muda, terlintas di fikiran banyak 'assignment' yang bakal menanti....semuanya memerlukan pengurusan masa dan kemahiran individu untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan...kalau zaman sekolah dulu...semuanya cikgu yang tolong dari A sampai Z....tapi sekarang...tiada lagi istilah 'suap'....everything on your own....if u want to success, then  it is your effort to make it become a reality...do not ever to let your attitudes destroy your future...it will be a regretful moment that u cannot forget.,..jadi..berubah lah dari sekarang...INGATLAH BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI...InsyaAllah....

Thursday 18 August 2011

RAMADHAN..

Assalamualaikum....
Akhirnya kembali mendapat idea setelah sekian lama tidak menulis di blog ni...bukan apa....dek kesibukan urusan-urusan yang lebih penting perlu diuruskn untuk persediaan ke universiti...sedar x sedar...sekarang ni dh msuk penggal kedua ramadhan...hampir saja meninggalkan kita untuk tahun 2011 ni...perasaan bercampur baur sebagai manusia biasa tatkala ramadhan ni berlalu meniti pengakhirannya...perasaan sedih apabila terfikirkan adakah ini ramadhan terakhir untuk aku? Gembira apabila terfikir nak raya...tapi...aku nk berkongsi sedikit ilmu yang x seberapa tentang ramadhan ni...

Ramadhan ni mempunyai 3 fasa:

Fasa pertama adalah fasa rahmat...yang mana Allah sentiasa mencurahkan rahmatNYA bagi hamba-hambaNYA yang sentiasa mendambakan rahmat daripadaNYA..

Fasa kedua adalah fasa keampunan...yang mana Allah sentiasa membuka pintu keampunan bagi hambaNYA yang bertaubat....

Fasa ketiga adalah fasa terlepas dari seksaan api neraka dan dikatakan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu MALAM LAILATUL QADAR...fasa terakhir ni lah biasanya masyarakat kita sekarang banyak yang terlepas...yela...dh dekat nak raya kn..persediaan raya lebih diutamakan daripada persediaan nak dapatkan malam yang tidak terdapat pada umat-umat sebelum ni....

Jadi...kita seharusnya menggunakan peluang ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ni dengan sebaiknya...cubalah untuk jadi seperti sahabat Rasulullah yang menangis kesedihan apabila tiba di penghujung ramadhan...bayangkan tahun 2011 ni adalah tahun terakhir kita melihat dunia ni...alangkah ruginya jika peluang terakhir ni tidak digunakan dengan sebaiknya...Ingatlah...setiap yang bernyawa itu akan merasai MATI dan AJAL kita tidak akan dicepatkan atau dilewatkan sesaat sekalipun apabila sudah tiba masanya...Wallahua'lam...

Sunday 17 July 2011

Redha memerlukan mujahadah...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...penantian berakhir semalam apabila pengumuman kos telah diketahui...aku bersyukur kerana masih diberikan nikmat untuk meneruskan pengajian di USIM tercinta....kos yg aku dpt juga tidak kurang hebat nya walaupon x sehebat kos perubatan atau pergigian...nk tau ape??? IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI MAKANAN)...aku memang minat terhadap biologi ni tapi masalah dlm menjawab soalan...pelik tapi benar..hehe

Walaupun aku gembira dan redha dengan rezeki yang aku dapat, tetapi ramai juga kawan-kawanku yang mengharapkan kos perubatan dan pergigian tidak kesampaian...dan ape lagi,mereka kecewa dan hampir putus harapan untuk belajar...aku agak sedih dengan keadaan kawan-kawanku....memang untuk redha atas sesuatu perkara tu adalah susah, tapi ia akan menjadi ubat yang paling berkesan untuk menenangkan hati apabila ia berjaya diperolehi....buktinya...aku sendiri dh merasai...ketika aku mendapat result exam semester 2, aku bagaikan tidak percaya dengan realiti...yeah...sukar untuk mempercayai ape yang kita harapkan tidak terjadi betul-betul terjadi di depan mata....rasa memang macam segala-galanya musnah sekelip mata...

TAPI...aku mengambil masa hampir seminggu untuk berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...biasa dengar kn ayat tersebut...tapi nk buat memang susah...aku bertarung dengan perasaan untuk meyakini ketentuan Allah itu adalah yang terbaik...memang susah nk tenangkn hati ni lagi-lagi ada syaitan yang selalu bisikkan kata-kata jahat...mula la fikir kalau la aku buat macam ni..tentu aku dapat macam ni...AWAS!! jika ia terjadi bermakna anda telah terpedaya dengan hasutan syaitan...Allah tidak suka kita mengungkit kejadian yang telah berlaku lagi-lagi dengan perkataan KALAU...alhamdulillah akhirnya aku dapat menerima kenyataan dengan redha...apabila pengumuman kos diumumkan, aku berasa gembira sekali dan bersyukur dengan apa yang aku dapat walaupun dahulunya aku memang teringinkn kos perubatan atau pergigian...tiada masalah lagi untuk aku kecewa seperti dahulu..memang manis nikmat redha apabila ia meresap di dalam hati...

Akhir kalam,yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih...Dia tidak akan memberikan apa yang kita nak tapi Dia memberikan apa yang kita perlu....dan ingatlah...Allah sebaik-baik perancang...Allah telah menentukan kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan yang kita sendiri tidak pernah tau..yang penting DOA...DOA lah yang akan menyambungkan hati kita dengan Allah..secara tidak langsung, hati kita akan menjadi tenang setelah berhubung dengan Pencipta kita sendiri....NIKMAT REDHA HANYA AKAN DIKECAPI BAGI MEREKA YANG BERMUJAHADAH UNTUK MENCAPAINYA....wassalam

Wednesday 13 July 2011

Marilah kita menghidupkan sunah Rasul yang jarang di amalkan di akhir zaman ni...

Assalamualaikum...
Post kali ini mengenai antara ibadah sunat yang amat disarankan oleh Rasulullah...iaitu SOLAT DHUHA...rasanya memg x ramai yang mengamalkan solat ini sebab jangka waktu yang biasanya kita gunakan untuk tidur atau bekerja...yela kan..pagi-pagi...tapi percayalah...solat ini mampu membawa fadhilat yang Allah sendiri mengetahuiNYA...


Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :
" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
 ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

Waktunya
Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.


Rakaatnya
Dari paling sedikit dua rakaan dan mengikut riwayat yang sah paling banyak 12 rakaat. Tidak boleh dilakukan kurang daripada dua rakaat.


Tatacaranya
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.
Setelah pasti masuknya waktu Dhuha, maka lakukanlah dalam keadaan berwuduk . Dilakukan dua rakaat dan ditutup dengan salam atau boleh juga dilakukan dengan empat rakaat satu kali salam.



Jadi kawan-kawan, sementara kita masih mampu melakukan ibadah...buatlah...ingatlah akan tiba hari muda sebelum hari tua dan masa senang sebelum sibuk..wassalam

Tuesday 12 July 2011

Kecantikan sebenar lahirnya daripada sekeping hati

Assalamualaikum....
Post kali ni mengenai kecantikan...ya...sebut je cantik sapa yang x nk cantik kan...tapi istilah cantik sebenar adakah hanya rupa luaran semata-mata?? bagi sesetengah orang mungkin jawapannya YA...biasalah..siapa yang x suka pada muka yang cantik (bagi perempuan) dan hensem (bagi lelaki)...sampai ada yang sanggup addict kt cite-cite korea sebabnye pelakon dalam cite tu semuanya hensem dan cantik?? Betul ke?? Aku pon x tau la sebab aku bukannya fan cite korea pon..tanya lah sapa yang fan tu ye...ada juga yang sanggup menggadaikan maruah semata-mata nk jaga hati boyfriend tercinta yang mukanya ala-ala hindustan gitu...haha...malang la bagi orang yang menilai kecantikan daripada pandangan sebegini...

TAPI....kecantikan pada pandangan aku lak berbeza...aku lihat seseorang tu cantik daripada beberapa aspek...
yang pertama memang la aku tengok luaran dlu..aku pon manusia gak...bila tengok muka yang cantik aku akan terus kepada yang kedua...cara pemakaian beliau pula...ye...memang sekarang banyak fesyen-fesyen yang boleh kita praktikkan tapi ikut yang menepati syarak la....jangan pakai tudung berbelit-belit mcm tali gantung tapi aurat yang patut ditutup x juga tutup...yang laki nye lak...perhiasan yang dipakai oleh perempuan dipakai oleh mereka semata-mata nak menunjukkan mereka ni betul-betul ganas seperti rantai,gelang, dan ape-ape lagi la seumpamanya (aku pon x tau sebab aku x pernah nk amek tau)..tapi pernah ke fikir yang semua ni hanyalah duniawi...memang cantik bagi pandangan sesetengah orang tapi dari pandangan Allah??? Tepuk dada tanya iman...:-)

Ingatlah Allah itu cantik dan suka akan kecantikan...bagaimana istilah cantik ni...mcm ni...kita ni sebagai umat Islam memang dah bertuah pon...Allah dah sediakan pencuci muka yang paling mujarab iaitu WUDUK..x payah nk cari pencuci muka lain la...lima kali sehari yang paling kurang pon dah wat muka kita berseri-seri...x caya?? cuba la tanya kt ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah...ape hikmah tersirat di sebalik wuduk ni...kemudian..Allah sediakan AL-QURAN sebagai pencuci untuk hati kita yang hitam tu...ha...yang ni rasanya x de jual kt kedai kot untuk cucikan hati..special kn?? Lpas tu plak...Allah sediakan syarak yang menyuruh kita MEMAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT...x payah nk fikir sangat pasal fesyen-fesyen ni...buang duit je...cari je baju dan tudung yang labuh (bagi perempuan) dan baju yang biasa-biasa (bagi lelaki)...kan mudah..Lpas tu plak....KATA-KATA YANG SOPAN DAN ADAB SESAMA MANUSIA..yang ni kalau dijaga sure nye lah...memang ramai kawan..x payah nk tggu cantik bru nk ramai kawan..huhu

Kesimpulannya...senang je nk jadi cantik ni..ikut je apa yang Islam suruh...ada hikmah di setiap suruhan Allah tu...ingatlah..cahaya dari hati akan naik ke muka...sebab tu kalau kita sentiasa ikhlas dalam menunaikan perkara kebaikan orang suka je kawan ngan kita..solat juga antara faktornya..wuduk yang sempurna dan solat yang khusyuk akan mewujudkan seri muka yang tidak dapat diperoleh kt mana-mana barang produk kecantikan...x caya??? Cubalah dlu...bru tau kebenarannya...baik lah...sampai sini je...wassalam..

Thursday 7 July 2011

Kelalaian yang tidak berkesudahan...

Untuk post kali ini,aku nk nyatakan kekesalan aku terhadap segelintir....err..sebahagian besar daripada kita yang tidak pernah lagi sedar hukum agama yang WAJIB kita patuhi....mengapa aku menyatakan sedemikian...baiklah..cuba lihat senarai di bawah ni dan fikir sejenak adakah kita tergolong dalam kategori orang yang lalai ataupun sebaliknya..

1.Berapa ramai kaum hawa yang hanya memakai tudung tapi dibiarkan pakaian mereka sempit dan menunjukkan susuk tubuh yang HARAM sama sekali dilihat oleh ajnabi??

2.Berapa ramai kaum adam yang memakai seluar pendek ketika di luar dan secara tidak langsong menunjukkan aurat yang sering dipandang ringan (lutut)??

3.Berapa ramai kaum hawa yang mengetahui penggunaan tudung yang sebenarnya??? adakah hanya menutup rambut????

4.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang sedar diri mereka sebenarnya menghampiri kepada zina apabila berdua-duaan tidak kira di tempat terbuka lebih-lebih lagi di tempat tertutup??

5.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mengetahui beratnya amanah sebagai khalifah di muka bumi ini yang Allah berikan sebelum kita setuju untuk menggalasnya dan dijadikan kita sebagai manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian??

6.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mementingkan ibadah solat yang merupakan ibadah paling berat dek kerana nabi junjungan kita menerima perintah tersebut secara langsung dari Allah??

7.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mengingati mati??

8.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mementingkan sumber rezeki yang halal dalam kehidupan di dunia yang akhirnya menjadi darah daging untuk dipersoalkan di akhirat??

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang ingin diungkapkan tetapi soalan di atas rasanye sudah memadai untuk kita menilai diri kita dalam golongan orang-orang yang lalai atau tidak...mengapa aku menggunakan perkataan "kaum adam dan hawa"?? Ini kerana dua istilah ini menunjukkan keistimewaan kita sebagai makhluk yang berpasang-pasangan yang satu-satunya mempunyai akal fikiran untuk digunakan...begitu juga dengan balasan yang diperoleh atas setiap perbuatan di dunia ni...tetap dijadikan berpasang-pasangan juga iaitu pahala dan dosa,syurga dan neraka...terserahlah kepada individu tersebut sama ada untuk memupuk nafsu mutmainnah ataupun nafsu amarah...renung-renungkanlah..:-)

Monday 4 July 2011

Rambut sama hitam,hati lain-lain

Hari ini berlaku lagi pengalaman baru di depan mata aku....masanya ketika aku sedang bekerja di stesen minyak...peristiwa ni berlaku tanpa di duga....ketika semua orang sedang sibuk untuk mengisi minyak kereta mereka...tiba-tiba seorang manusia ni menjerit..."aiyak, apa pasal ini minyak tidak mahu keluar??? Saya sudah bayar maa"..aku pon segera pergi kepada beliau....sedang sibuk melayan kerenah si pulan ni...tiba-tiba teriak lg seorang manusia.."apa ini punya stesen minyak, minyak pon x da, mana mau maju ini macam la...haiyaa"..aku terkesima dengan kata-kata tersebut..terus aku menuju ke kaunter untuk bertanyakan masalah yang dihadapi... pihak yang menjaga kaunter terus mencuba untuk membetulkan keadaan sedangkan semakin ramai manusia yang memenuhi stesen minyak tu...adoyai...kalut gak aku dibuatnya...mana x nya...masing-masing dh mula bengang sebab minyak tiba-tiba wat hal x nk keluar...duit dh dibayar di kaunter..maka muncul la pelbagai kata-kata yang tidak enak untuk di dengar.. namun begitu..masih ada juga aku lihat manusia yang menunggu dengan penuh kesabaran tanpa berkata apa-apa...memang respect la aku ngan beliau-beliau ni....dari sini aku dapat pengajaran bahawa walaupun manusia ni memang asalnya dijadikan daripada tanah yang sama....tapi segumpal darah bernama hati dalam diri mereka mempunyai pelbagai rupa yang berbeza...ada yang mungkin telah banyak titik hitam yang menyebabkan mereka tidak dapat menahan sabar walaupun ujian kecil menimpa....ada juga yang mungkin hati mereka seputih kapas yang menyebabkan mereka sentiasa tersenyum walaupun berada dalam ujian yang diberikan....jadi kesimpulannya...mari lah kita renung kembali apakah hati kita telah dipenuhi dengan titik hitam yang menjadikan kita hilang sifat mahmudah ataupun masih lagi mempunyai cebisan-cebisan ruang untuk dipenuhi dengan sinar cahaya keimanan yang menjadikan kita tabah dengan ujian yang dihadapi..renung-renungkanlah..:-)

Saturday 2 July 2011

Ada hikmah nya setiap perkara yang berlaku...

Mengapa kali ini tajuk yg ditulis mcm sudah biasa kita dengar???
Jwpnnya sbb aku sndiri pernah mengalami pengalaman yang tidak disangka-sangka berlaku dalam hidup aku...perkara ini tidak lah terlalu lama berlalu..lebih kurang setahun yang lalu...nk tau apa kisah nya...jom kita kembali ke zaman 2010...zess!!!!

Tiba masanya untuk aku membuat pilihan dalam hidup...pilihan untuk memilih universiti dan kos apa yang ingin aku sambung....macam biasa lah...result aku dalam SPM baru-baru ni x de lah sehebat Nik Nur Madihah yang dapat 20 A tu...tp alhamdulillah la lebih baik dari exam-exam aku kt skola yang slalu je dpt mrkh merah (phm-phm je la ek)...aku pon mula la bingung apa yang serasi ngan result aku dan minat aku nk blaja....kalau ikut minat aku memang nk je aku isi kos syariah sebab aku ni suka jd peguam syarie'...tp rupa-rupanya itu hanya pendapat aku seorg....parents aku x la berapa setuju ngan minat aku tu sebab mereka lebih tau tntang asam garam dalam kehidupan ni...ish...mula la bercampur baur perasaan ni..antara minat sendiri atau pon kehendak parents....mase tu la baru aku teringat untuk mengadu pada yang lebih layak iaitu Allah...aku pon buat la solat istikharah sehinggalah......tup! Aku dapat satu mimpi malam tu...memang betul-betul melegakan perasaan yang memang dh mcm rojak ni....Islam itu indah...suma bende meliputi Islam....sampai nk wat pilihan pon Islam tetap bagi garis panduan nya...sesape yang x cinta agama Allah ni memang rugi la dunia akhirat....huhu...mcm ustz la plak...smbung-smbung....lpas dh dapat petunjuk tu..aku terus menceritakan pada parents dan mereka senang hati ngan cerita aku tu...mknenye...SETUJU la kn....ok..selesai masalah aku...ape lagi...bukak la UPU dan isi...tet...tet...tet...tet...tet....SELESAI!! Sekarang ni masa untuk tunggu resultnye...memang msalah bab-bab menunggu ni...paling la aku x suka....tp sabar itu kn sebahagian daripada iman kn...:-)

Tak lama lepas tu...aku dpt mesej.....UPU dh keluar!!! Arghh...ni yang x suka bila adrenalin dh mula keluar...berdebar-debar lak ai...masa tu plak aku ngan family ada aktiviti kt luar..memang terus x tenang aku..last-last ajak je diorg balik....hehe..macam-macam family aku teka aku dapat offer mane....adoyai...lagi bertambah cuak aku...tiba je rumah...on komputer...terus bukak UPU...tggu loading plak lame....memang penantian ni satu penyeksaan la kn...huhu....skali....nama aku pon tertera kt skrin komputer...jeng3...alhamdulillah aku dpt USIM dlm kos TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI....apakah??? mana x nya...aku pon x tau apa-apa pasal offer aku dapat ni...sebenarnya kos ni aku isi last minit sebelum UPU tutup...tgk mcm sedap je nama kn..isi je la...aku harapkan yang 4 teratas dan ini pilihan kelima aku...mase tu la memang menguji keimanan aku adakah ini yang ditetapkan Allah?? Memang serba salah gak sebab family aku sume congratz kt aku...huhu...dh la minat aku ditolak family..memang x isi langsong dlm UPU....skrg ni bila apa yang aku harapkan plak laen yang aku dapat..huhu...x pe la...memang ada aturan yang terbaik di sebalik sume ni...aku redha je la....

Masa nk daftar USIM makin dekat,,adoyai..hati masih lagi berbelah bagi ni nk pegi ke x nk....then...aku diuji plak bila aku dpt twrn maktab dan matrik....mana satu lak ni....jadi cikgu lg la x minat....huhu..last-last pilih je la USIM (mcm terpaksa lak).....bila masuk je USIM rupa-rupanya aku rasa lebih tenang dan mula merancang masa depan untuk pilih kos for degree..awal kn??? hehe...biasa la..berangan je lebih....aku dh target untuk amek biotech sebab macam gempak je kos tu kan....x sabar-sabar ni nk start study (mula la merapu)...tiba-tiba....satu announcement dibuat semasa minggu taaruf....SESIAPA NAMA YANG DITAMPALKN DI PINTU DEWAN DKP 3 SERAMAI 73 ORANG,SILA DATANG KE DKP 3 PADA PUKUL 3 NI....aku pon dengar x dengar je announcement tu sebab apa la sangat...bukan aku ada kaitan pon..yuran dah bayar...suma syarat dh ikot...ah..x de nye nama aku...huhu...abes je program taaruf tu ada la plak dak-dak ni ajak tgok nama kt pintu tu..adoyai...pergi je la ikot kan....teman je...bila tiba je kt pintu tu...aku terkejut bila aku semak-semak nama aku ada lak terselit...aik...ape masalah aku dh wat ni..huhu...ni yang timbul lagi perasaan cuak ni..memang bley kene sakit jantung mcm ni....penat jantung aku pam darah...:P

Tiba je kt DKP 3 tu...ada la seorang perempuan yang dikenali sebagai pengarah tamhidi...owh...dia rupanya...duduk je la dulu..kot-kot memang dia tersalah masukkan nama kn...aku bley ar kuar...dia pon mula la ckp....SEBENARNYA SAYA PANGGIL AWK SEMUA NI SEBAB SAYA NAK TAWARKAN SATU TAWARAN ISTIMEWA....KITA CUMA ADA 12 ORANG JE BUDAK TAMHIDI MEDIC SEKARANG...MEMANG DI LUAR DUGAAN SEBAB YANG MENERIMA MASUK RAMAI....TP YANG DAFTAR NYE SIKIT...SO SEKARANG SAYA NK BUKA TAWARAN NI KEPADA AWK SEMUA YANG MERUPAKAN TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI YANG ADA DALAM DEWAN NI..KAMI PIHAK TAMHIDI DAH BUAT KIRAAN MERIT SPM AWK DAN AWK MEMANG DIKIRA LAYAK LA UNTUK DITAWARKAN KOS NI..JADI LEPAS NI SESIAPA YANG SETUJU UNTUK TUKAR KOS...SILA TURUN TANDATANGAN...erkkk...apakah??? adakah ini juga satu ujian untuk aku...huhu..perlu lagi berfikir nk wat pilihan...adoyai...tapi disebabkan ini adalah harapan family...aku terima dengan penuh syukur...memang perkara ni di luar jangkaan...asalnya dulu memg x nk msuk USIM sebab dapat kos yang aku main letak je...sekarang ni aku dapat kos yang memang aku harapkan ketika result UPU dikeluarkan dlu..Alhamdulillah...thanks Allah...saat tu la aku mula percaya yang setiap berlaku tu ada hikmah yag kita x kan tau..Allah Maha Mengetahui apa yang Dia rancangkan untuk kita....sekian...tamat~

P/S: Semua kos aku mintk kt UPU kos sains....even aku x minat sains tapi aku ikutkn gak atas nasihat family...ingtlah...restu ibu bapa tu penting dalam kehidupan.... apa yang kita buat tu walaupun kita x suka,tapi bila dpt restu ibu bapa...memang akan berkat....insya-Allah...ingatlah bahawa KEREDHAAN ALLAH TERLETAK KEPADA KEREDHAAN IBU BAPA...:-)

Friday 1 July 2011

Pengalaman pertama bekerja....

Masuk minggu ni dh cukup 2 minggu aku bekerja di tempat menarik iaitu stesen minyak (best sngt la pulak)...walaupun hanya sebuah mini stesen,ianya cukup untuk aku menimba pelbagai ilmu dan pengalaman yang tidak boleh dijual beli....Nk tau apa pengalaman yang aku peroleh.....berikut adalah senarainya....hehe

1.Pertama kali aku merasa pengalaman di interview...memg x la seformal interview untuk pergi oversea, tapi dapat juga aku merasa pengalaman tersebut....sebelum ni memang ada panggilan untuk di interview bagi menjadi seorang cikgu (cikgu skola rendah je)....tapi dapat juga aku melepaskan diri dengan alasan dapat tawaran usim yang disayangi....:-p
   Masa ni juga la aku merasakan memang susahnya nk 'eye contact' ngan orang yang interview aku tu....yela kan..beliau pon seorang perempuan dan masih lagi single...huhu...kena la jaga pandangan kan (perlu ke nk wat cam tu mase ni)...hehe

2.Pertama kali aku mengenal erti penggunaan masa....mana taknya....keje stesen minyak nampak je senang..cuba try dlu kalau x caya....keje ni ada 2 shif...pagi atau petang..kalau pagi memang kene bangon awal la even cuti (x puas-puas lagi ke cuti, dah dekat 3 bulan kot)...start pukul 7 pagi sampai la pukul 3 petang...shif pagi ni agak panas sebab masa ni la sang suria membara-bara nk keluar kn....then satu lagi shif petang lak....dari pukul 3 petang sampai 11 malam...masa ni lak waktu mencabar sebab waktu tido tu...huhu..tapi demi stesen minyak yang disayangi, sanggup juga aku mengorbankan hobi yang biasa aku wat (kantoi sudaa)...

3.Pertama kali aku mengenal jenis minyak...biasa la kan...selama ni tau bayar kat kaunter then ckp nk isi berapa...x pernah lak amek tau pasal perbezaan minyak-minyak ni...huhu...kalau nk tau la...minyak ada 2 jenis...RON 95 dan RON 97....orang yang x ada ilmu pasal minyak mesti kata sama je dua-dua minyak ni...jwpannya sudah tentu SALAH!! Kalau sama x kan la harga jauh beza kot...baik letak je satu jenis minyak kat situ....senang cite..x payah pening-pening pikir nak mane 1 kn...haha..RON 97 harganya RM 2.80 seliter dan RON 95 harganya RM 1.90 seliter..ha...kira la sendiri berapa banyak beza tu...satu sen pon dh banyak beza tau kalau minyak ni..suma barang kan tengah naik skrg ni....berjimat la bro...diesel lak harganya RM 1.80...
Tapi yang mencabar nya keje kt stesen minyak ni bila ada je kereta yang bernombor pndaftaran asing....memang menguji pengetahuan la....diorg ni saja je nk tengok kita ni ada ilmu ke tak pasal minyak...mula la nk isi minyak yang subsidi....tunjuk la IC kononnya orang malaysia...tapi...supervisor yang amek aku keje tu dh pesan awal-awal...kalau nmpak kereta asing even dia orang malaysia jgn bagi isi RON 95..murah la katakn...sapa yang x nk....sampai ada satu tahap hampir-hampir nk bergaduh je ngan 'pelanggan yang berhemah' ni sebab nk pertahankan ilmu yang ada ni....cara penyelasaiannya senang je....tanya supervisor...lepas tu terus senyap...huhu

4.Pertama kali speaking ngan orang putih atau mat saleh....hehe...memang menguji vocab dan grammar la (x de ar btol sngt pon)...mane x nya...datang-datang je terus speaking..ape lagi...kita tunjuk la kita pon ley speaking walaupon orang kampung ditambah lagi dengan loghat jawa...adoyai...masa mula-mula dengar dia ckp faham lagi...bila kita balas balik je ape yang dia cakap...tros macam air dia ckp...satu pon x faham...huhu...tp nk cover cool kan...wat-wat faham je la....hehe

5.Pertama kali depan mata jumpa Sultan Johor...ish3...baru 2 hari aku keje dh dpt jumpa sultan tu (nada bangga)....mana x nya...sultan johor ni rajin bertemu rakyat...tiap-tiap tahun wat kembara mahkota....apa lagi...kebetulan plak stesen minyak tmpat aku keje tu laluan baginda...memang secara live la aku tengok moto-moto yang biasa orang bwk nak g racing tu....ntah berapa sisi pon x tau la...300 kot...masuk lak ramai-ramai....bodyguard jgn ckp la...dekat 20 orang iring...daripada sunyi  sepi stesen minyak tu terus meriah mcm pasar siang lak....nasib x de masuk tv je..kalau x dh femes aku mase tu....hehe..

6.Pertama kali aku menjadi begitu rajin....mana x nya...sume kereta yang datang aku ditugaskan untuk mengelap cermin...huhu..mula-mula rasa gak penatnya..lama-lama jadi seronok lak sebab ada je budak-budak yang comel dalam kereta tu gembira bila tengok aku lap cermin... ada gak sifat sukakan budak aku ni (x pernah tau kot)....

7.Pertama kali aku dapat rasa duit hasil titik peluh aku sendiri....kalau x sebelum ni ada je 'bank' yang membekalkan duit...tapi memang best la bila dpt gaji masa keje ni..hilang sume penat-penat tu....walaupun gaji nya x la sebesar mana...aku tetap syukur dengan rezeki halal yang aku dapt dengan cara yang halal....bukn mcm sebelum ni...aku dapat offer keje kat 7 eleven..gaji memang best...RM 650 basic then tmbh elaun dlm RM 800 sebuln...pergh..tapi pikir ade jual arak dalam 7 eleven tu..aku terpaksa membatalkan niat tersebut...biarlah darah daging aku mengalir dari sumber yang halal daripada dapat gaji tinggi-tinggi tapi dicemari dengan sumber yang haram....

Begitulah kisah pengalaman aku bekerja....memang seronok dapat menimba pengalaman dan pengetahuan ni....bak kata orang...jauh perjalanan luas pemandangan....sekurang-kurangnya kita dapat la mengisi masa lapang yang terbuang je kt rumah tu...x de la keje hanya menghabiskan beras kt rumah je kn....ok...enough for this...ada cite lagi nnt kita sambung ye....daa~

Aku Yakin Allah Tidak Akan Mensia-siakanku

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.
alt
Sempurna vs Terbaik?
Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita.Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.
Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.
Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar?Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.
Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku?Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.
Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.
Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.
Cukuplah Allah sebagai pelindungku.
Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

Thursday 30 June 2011

Antara impian dan kenyataan.....

Hanya tinggal impian untuk aku bergelar seorang doktor.....Doc Fars....itu nama gelaran yang sering aku gunakan untuk menjadikan ianya identiti aku....ramai juga yang sering memanggil aku doktor ketika di bangku sekolah kerana gaya aku yang seumpama doktor...ada juga rakan-rakanku yang memanggil sedemikian kerana rupa paras aku yang "skema"....dan semestinya panggilan itu terus lekat di bibir mereka yang mengetahui aku melanjutkan pelajaran di usim dalam tamhidi perubatan.....namun begitu...harapan dan impian untuk menjadikan gelaran itu menjadi satu realiti sudah tiba ke penghujungnya.....result exam yang baru sahaja diumumkan membuatkan aku ingin terus melupakan gelaran itu seumur hidup aku....ianya bagaikan sembilu yang menusuk apabila dikenang kembali.....aku tahu memang takdir yang telah tercatat di Loh Mahfuz bahawa aku bukanlah "doc to be" yang sering digelar oleh rakan-rakanku...aku sekarang adalah seorang insan yang tidak mempunyai cita-cita lagi dek kekecewaan yag dialami setelah menerima hakikat sebenar..namun begitu...tersemat jauh di dalam naluri aku bahwa aku akan menebus segala kepahitan yang aku alami ini dengan mendapatkan segulung ijazah sarjana muda dan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah untuk bergelar seorang pensyarah....ini adalah kenyataan yang perlu aku hadapi demi menjadikan masa depan aku tidak hanya bergantung kepada angan-angan semata-mata.....insyaAllah

Wednesday 29 June 2011

Menerima kebenaran walaupun pahit

Tanggal 28 jun 2011,10.30 pagi: Aku tersentak dgn post yg dipost oleh seorg hamba Allah tntg result tamhidi yg telah muncul buat sekian kalinya setelah bosan menunggu..serta merta adrenalin yg telah lama tersimpan dirembes keluar dgn derasnya..jari jemari pantas menekan kekunci untk memasukkn ID dan password yg diminta....beberapa saat yang dinantikan cukup lama sehingga rasa jantung bagaikan hendak tercabut daripada nerve-nerve yg menyokongnya..sehinggalah..........


   KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAMHIDI SEMESTER 2

PNGS:.........
PNGK.........


 Ya Allah...adakah ini suatu kenyataan yang aku bukannya sedang bermimpi??? Adakah apa yang aku lihat ini adalah suatu kebenaran yang aku nanti-nantikan selama ini?? Segala perasaan bercampur baur tatkala melihat keputusan yang aku duga dengan pelbagai jawapan sepanjang penantian berada di depan mata....Aku telah GAGAL dlm misi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang yang amat diharapkan oleh kedua ibu bapaku...Pointer yang tersurat menunjukkan segala impian yang diharapkan termakbul terkubur serta merta...Aku hanya mampu melihat dan terus melihat mengharapkan keajaiban berlaku...tetapi....aku kecewa bercampur sedih kerana aku terbayang aku bakal meninggalkan rakan-rakanku selama perjuanganku setahun di tamhidi....segala kenangan terungkap kembali.....namun aku sebenarnya telah redha dengan segala kemungkinan yang bakal aku hadapi kerana percaya bahwa setiap yang berlaku itu terdapat hikmah di sebaliknya...hanya Dia saja yg Maha Mengetahui......dan ak diperkuatkn lg dengan ayat quran yang menyatakan "Barangkali apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu dan barangkali apa yang kamu benci itu sebenarnya adlah baik bagimu"...Alhamdulillah...aku pasrah dengan segala ketentuanNYA yang telah dirancang dengan hebat sekali....siapa tau masa depan ku lebih cerah di tempat yang tidak aku duga berbanding tempat yang selalu dipuja-puja yang menjadi tempat berkumpulnya rakan-rakanku yang cemerlang di tamhidi...

Tuesday 28 June 2011

Kasih Allah S.WT


Sahabat sesungguhnya tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Penyayang. Sifat penyayangnya begitu besar. Buktinya dikurniakan kita pelbagai nikmat sehinggakan kita sendiri tidak terhitung akan nikmatnya.







Namun, kita sebagai hamba Allah sering leka akan hal ini.
Apabila kita diberikan ujian, kita dengan mudah mengatakan Allah itu kejam. Sedangkan kita tidak tahu,diberikannya ujian pada kita untuk menguji siapa yang paling beriman antara kita.Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya melainkan apa yang termampu untuk ditanggungi oleh hambanya sendiri. Hal ini saja mebuktikan Allah itu tidak kejam seperti yang dituduh oleh hamba yang tidak mahu menggunakan nikmat akal yang dianugerahkan olehnya untuk berfikir akan hikmahnya diberikan ujian.
Sahabat, tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun sesugguhnya. Allah S.W.T dengan begitu mudah memaafkan hambanya yang banyak melakukan kesalahan terhadapnya. Dia yang melahirkan dalam diri hambanya sifat untuk saling memaafi, maka mengapakah kita tidak percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun.
Dan jika kalian percaya mengapa apabila engkau telah jauh tersasar dari jalannya mengapa mudah saja kalian berputus asa dari rahmatnya? Apakah tidak ada keyakinan dalam dirimu akan sifat Ghaffar-Nya. Disini ingin saya coretkan satu kisah yang akan membuatkan kamu tidak bisa lagi menafikan  bahawa Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun.
Diceritakan bahawa seseorang telah diperintahkan masuk ke dalam neraka.Setelah sepertiga perjalanan, dia menoleh kebelakang sambil meneruskan perjalanan.Setelah separuh perjalanan, dia menoleh lagi dan melakukan lagi perkara yang serupa setelah dua pertiga perjalanan,
Lalu Allah S.W.T berfirman,"Bawa kembali orang itu ke sini!" Allah S.W.T bertanya,"Mengapa engkau menoleh sampai tiga kali? "Lalu orang itu menjawab,"Setelah aku sampai sepertiga perjalanan,aku teringat akan firman-Mu:"Dan tuhanmu Maha Pengampun lagi penuh rahmat"(Al Kahfi 18: 58).
Oleh kerana teringat akan firman Allah inilah maka dia menoleh dengan penuh pengharapan agar bisa mendapat keampunan dan rahmat-Mu.
Setelah orang itu sampai ke dua pertiga perjalanan,orang itu teringat pula  akan firman-Allah" Katakan,hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"(Al-Zumar 39: 53).Maka semakin bertambahlah harapanku untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!" Allah S.W.T kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!"

FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN SE
SIAPA YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN ATAU MENGANIAYA DIRINYA,KEMUDIAN DIA MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH,TENTU DIA MENDAPATI BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG".         
Berdasarkan kisah yang di atas benarkan apa yang telah saya katakan, bahawa Allah itu sememangnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dengan mengetahui hal ini janganlah kita sesekali berputus asa dari rahmatnya.
 Walau sebesar manapun dosa yang telah kita lakukan walau sejauh manapun kita tersasar dari jalan kebenaran kta tidak boleh berputus asa mengharap keampunannya.Malah kita harus berterusan berdoa agar kelak kita akan diampuni oleh-Nya dan bertaubatlah atas dosa yang kita lakukan,kerana Allah juga Maha Penerima Taubat.Wallahualam.

Sesi Taaruf...

Assalamualaikum.....ini adalah kali pertama aku menulis selain di dalam karangan masa peperiksaan...buat julung-julung kalinya aku mengeluarkan idea yg tidak formal untuk aku nukilkn di dalam blog ni (skema la plak ayat aku ni).......sebenarnya aku terdorong untuk membuat blog ni adalah kerana aktiviti rakan-rakan aku yang mempengaruhi aku untuk mengisi masa lapang di kala cuti yg begitu panjang.....selain pekerjaan yg aku lakukan di siang hari, masa yang terluang di malam hari juga dapat aku manfaatkn dgn berkongsi pengetahuan dan pengalaman aku dalam kehidupan seharian...