Thursday 7 July 2011

Kelalaian yang tidak berkesudahan...

Untuk post kali ini,aku nk nyatakan kekesalan aku terhadap segelintir....err..sebahagian besar daripada kita yang tidak pernah lagi sedar hukum agama yang WAJIB kita patuhi....mengapa aku menyatakan sedemikian...baiklah..cuba lihat senarai di bawah ni dan fikir sejenak adakah kita tergolong dalam kategori orang yang lalai ataupun sebaliknya..

1.Berapa ramai kaum hawa yang hanya memakai tudung tapi dibiarkan pakaian mereka sempit dan menunjukkan susuk tubuh yang HARAM sama sekali dilihat oleh ajnabi??

2.Berapa ramai kaum adam yang memakai seluar pendek ketika di luar dan secara tidak langsong menunjukkan aurat yang sering dipandang ringan (lutut)??

3.Berapa ramai kaum hawa yang mengetahui penggunaan tudung yang sebenarnya??? adakah hanya menutup rambut????

4.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang sedar diri mereka sebenarnya menghampiri kepada zina apabila berdua-duaan tidak kira di tempat terbuka lebih-lebih lagi di tempat tertutup??

5.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mengetahui beratnya amanah sebagai khalifah di muka bumi ini yang Allah berikan sebelum kita setuju untuk menggalasnya dan dijadikan kita sebagai manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian??

6.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mementingkan ibadah solat yang merupakan ibadah paling berat dek kerana nabi junjungan kita menerima perintah tersebut secara langsung dari Allah??

7.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mengingati mati??

8.Berapa ramai kaum adam dan hawa yang mementingkan sumber rezeki yang halal dalam kehidupan di dunia yang akhirnya menjadi darah daging untuk dipersoalkan di akhirat??

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang ingin diungkapkan tetapi soalan di atas rasanye sudah memadai untuk kita menilai diri kita dalam golongan orang-orang yang lalai atau tidak...mengapa aku menggunakan perkataan "kaum adam dan hawa"?? Ini kerana dua istilah ini menunjukkan keistimewaan kita sebagai makhluk yang berpasang-pasangan yang satu-satunya mempunyai akal fikiran untuk digunakan...begitu juga dengan balasan yang diperoleh atas setiap perbuatan di dunia ni...tetap dijadikan berpasang-pasangan juga iaitu pahala dan dosa,syurga dan neraka...terserahlah kepada individu tersebut sama ada untuk memupuk nafsu mutmainnah ataupun nafsu amarah...renung-renungkanlah..:-)

5 comments:

  1. p0ww !!! bile sasterawan dh mnulis !! ;P
    --mnsua y plg baik pabila dia mlakukn d0sa dia kmbali padaNYA--

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. haha..x de la sasterawan mcm A.Samad Said..isi masa lapang je la...
    agree with that words..thanks..:-)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Nawwas bin Sam’an, “Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya.” =)

    ReplyDelete