Thursday 30 June 2011

Antara impian dan kenyataan.....

Hanya tinggal impian untuk aku bergelar seorang doktor.....Doc Fars....itu nama gelaran yang sering aku gunakan untuk menjadikan ianya identiti aku....ramai juga yang sering memanggil aku doktor ketika di bangku sekolah kerana gaya aku yang seumpama doktor...ada juga rakan-rakanku yang memanggil sedemikian kerana rupa paras aku yang "skema"....dan semestinya panggilan itu terus lekat di bibir mereka yang mengetahui aku melanjutkan pelajaran di usim dalam tamhidi perubatan.....namun begitu...harapan dan impian untuk menjadikan gelaran itu menjadi satu realiti sudah tiba ke penghujungnya.....result exam yang baru sahaja diumumkan membuatkan aku ingin terus melupakan gelaran itu seumur hidup aku....ianya bagaikan sembilu yang menusuk apabila dikenang kembali.....aku tahu memang takdir yang telah tercatat di Loh Mahfuz bahawa aku bukanlah "doc to be" yang sering digelar oleh rakan-rakanku...aku sekarang adalah seorang insan yang tidak mempunyai cita-cita lagi dek kekecewaan yag dialami setelah menerima hakikat sebenar..namun begitu...tersemat jauh di dalam naluri aku bahwa aku akan menebus segala kepahitan yang aku alami ini dengan mendapatkan segulung ijazah sarjana muda dan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah untuk bergelar seorang pensyarah....ini adalah kenyataan yang perlu aku hadapi demi menjadikan masa depan aku tidak hanya bergantung kepada angan-angan semata-mata.....insyaAllah

Wednesday 29 June 2011

Menerima kebenaran walaupun pahit

Tanggal 28 jun 2011,10.30 pagi: Aku tersentak dgn post yg dipost oleh seorg hamba Allah tntg result tamhidi yg telah muncul buat sekian kalinya setelah bosan menunggu..serta merta adrenalin yg telah lama tersimpan dirembes keluar dgn derasnya..jari jemari pantas menekan kekunci untk memasukkn ID dan password yg diminta....beberapa saat yang dinantikan cukup lama sehingga rasa jantung bagaikan hendak tercabut daripada nerve-nerve yg menyokongnya..sehinggalah..........


   KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TAMHIDI SEMESTER 2

PNGS:.........
PNGK.........


 Ya Allah...adakah ini suatu kenyataan yang aku bukannya sedang bermimpi??? Adakah apa yang aku lihat ini adalah suatu kebenaran yang aku nanti-nantikan selama ini?? Segala perasaan bercampur baur tatkala melihat keputusan yang aku duga dengan pelbagai jawapan sepanjang penantian berada di depan mata....Aku telah GAGAL dlm misi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang yang amat diharapkan oleh kedua ibu bapaku...Pointer yang tersurat menunjukkan segala impian yang diharapkan termakbul terkubur serta merta...Aku hanya mampu melihat dan terus melihat mengharapkan keajaiban berlaku...tetapi....aku kecewa bercampur sedih kerana aku terbayang aku bakal meninggalkan rakan-rakanku selama perjuanganku setahun di tamhidi....segala kenangan terungkap kembali.....namun aku sebenarnya telah redha dengan segala kemungkinan yang bakal aku hadapi kerana percaya bahwa setiap yang berlaku itu terdapat hikmah di sebaliknya...hanya Dia saja yg Maha Mengetahui......dan ak diperkuatkn lg dengan ayat quran yang menyatakan "Barangkali apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu dan barangkali apa yang kamu benci itu sebenarnya adlah baik bagimu"...Alhamdulillah...aku pasrah dengan segala ketentuanNYA yang telah dirancang dengan hebat sekali....siapa tau masa depan ku lebih cerah di tempat yang tidak aku duga berbanding tempat yang selalu dipuja-puja yang menjadi tempat berkumpulnya rakan-rakanku yang cemerlang di tamhidi...

Tuesday 28 June 2011

Kasih Allah S.WT


Sahabat sesungguhnya tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Penyayang. Sifat penyayangnya begitu besar. Buktinya dikurniakan kita pelbagai nikmat sehinggakan kita sendiri tidak terhitung akan nikmatnya.







Namun, kita sebagai hamba Allah sering leka akan hal ini.
Apabila kita diberikan ujian, kita dengan mudah mengatakan Allah itu kejam. Sedangkan kita tidak tahu,diberikannya ujian pada kita untuk menguji siapa yang paling beriman antara kita.Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya melainkan apa yang termampu untuk ditanggungi oleh hambanya sendiri. Hal ini saja mebuktikan Allah itu tidak kejam seperti yang dituduh oleh hamba yang tidak mahu menggunakan nikmat akal yang dianugerahkan olehnya untuk berfikir akan hikmahnya diberikan ujian.
Sahabat, tidakkah kalian tahu bahawa Allah itu Maha Pengampun sesugguhnya. Allah S.W.T dengan begitu mudah memaafkan hambanya yang banyak melakukan kesalahan terhadapnya. Dia yang melahirkan dalam diri hambanya sifat untuk saling memaafi, maka mengapakah kita tidak percaya bahawa Allah itu Maha Pengampun.
Dan jika kalian percaya mengapa apabila engkau telah jauh tersasar dari jalannya mengapa mudah saja kalian berputus asa dari rahmatnya? Apakah tidak ada keyakinan dalam dirimu akan sifat Ghaffar-Nya. Disini ingin saya coretkan satu kisah yang akan membuatkan kamu tidak bisa lagi menafikan  bahawa Allah itu Maha penyayang lagi Maha Pengampun.
Diceritakan bahawa seseorang telah diperintahkan masuk ke dalam neraka.Setelah sepertiga perjalanan, dia menoleh kebelakang sambil meneruskan perjalanan.Setelah separuh perjalanan, dia menoleh lagi dan melakukan lagi perkara yang serupa setelah dua pertiga perjalanan,
Lalu Allah S.W.T berfirman,"Bawa kembali orang itu ke sini!" Allah S.W.T bertanya,"Mengapa engkau menoleh sampai tiga kali? "Lalu orang itu menjawab,"Setelah aku sampai sepertiga perjalanan,aku teringat akan firman-Mu:"Dan tuhanmu Maha Pengampun lagi penuh rahmat"(Al Kahfi 18: 58).
Oleh kerana teringat akan firman Allah inilah maka dia menoleh dengan penuh pengharapan agar bisa mendapat keampunan dan rahmat-Mu.
Setelah orang itu sampai ke dua pertiga perjalanan,orang itu teringat pula  akan firman-Allah" Katakan,hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"(Al-Zumar 39: 53).Maka semakin bertambahlah harapanku untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!" Allah S.W.T kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!"

FIRMAN ALLAH S.W.T :
"DAN SE
SIAPA YANG MENGERJAKAN KEJAHATAN ATAU MENGANIAYA DIRINYA,KEMUDIAN DIA MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH,TENTU DIA MENDAPATI BAHAWA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG".         
Berdasarkan kisah yang di atas benarkan apa yang telah saya katakan, bahawa Allah itu sememangnya Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dengan mengetahui hal ini janganlah kita sesekali berputus asa dari rahmatnya.
 Walau sebesar manapun dosa yang telah kita lakukan walau sejauh manapun kita tersasar dari jalan kebenaran kta tidak boleh berputus asa mengharap keampunannya.Malah kita harus berterusan berdoa agar kelak kita akan diampuni oleh-Nya dan bertaubatlah atas dosa yang kita lakukan,kerana Allah juga Maha Penerima Taubat.Wallahualam.

Sesi Taaruf...

Assalamualaikum.....ini adalah kali pertama aku menulis selain di dalam karangan masa peperiksaan...buat julung-julung kalinya aku mengeluarkan idea yg tidak formal untuk aku nukilkn di dalam blog ni (skema la plak ayat aku ni).......sebenarnya aku terdorong untuk membuat blog ni adalah kerana aktiviti rakan-rakan aku yang mempengaruhi aku untuk mengisi masa lapang di kala cuti yg begitu panjang.....selain pekerjaan yg aku lakukan di siang hari, masa yang terluang di malam hari juga dapat aku manfaatkn dgn berkongsi pengetahuan dan pengalaman aku dalam kehidupan seharian...