Sunday 2 June 2013

Ukhwah itu yg semakin pudar....

Sesungguhnya benarlah kata-kata hukama' yg mengatakan ukhwah itu hny dpt dirasai kemanisannya jika berpaksikan Allah. Tapi malangnya ukhwah itu semakin pudar dek kerana satu halangan tembok besar yang menutup segala kemanisan tersebut iaitu EGO. Penat rasanya diri ini untuk cuba mengembalikan kejernihan dan kemanisan ukhwah tersebut tetapi kerana diri sendiri yg tidak mahu mengubahnya,maka usaha tersebut hanya seperti debu-debu yg berterbangan di tiup angin~

-Diri yang rindu akan kemanisan ukhwah yg dibina dahulu-

Monday 21 January 2013

Malas.........

Assalamualaikum...
Post kali ni je dh tunjuk niat sebenar di hati..
memg pyh btol nk buang sifat malas ni..
so memg entry kali ni  x de ape pon aku nk tulis kecuali MALAS!
hee...:-)

Wednesday 16 January 2013

ukhwah itu indah..:)


fuh..fuh..fuh..
berhabuk btol blog ni..
dh setaun x jenguk kan..
baeklah..msuk tahun 2013 ni..rasanya post2 yg akn dipublish x lah terlalu formal seperti sblm2 ni..
sbbnye...mls nk jd NERD..haha
sebelum aku nk mulakan post yg pertama setelah sekian lamanya..
aku nk ucap ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH..
hmm...
tajuk kali ni berkenaan UKHWAH...
apa tu UKHWAH?
UKHWAH adalah perhubungan antara seorg insan dgn insan yg lain hanya kerana Allah..
tp..klu dlm bahasa mudah nye..UKHWAH ni adalah membawa maksud kita menghargai kwn2 kita yg bnyk mewarnai kehidupan seharian kita..
haaa..
dh msuk bab ni..
aku nk citer la psl kejadian yg berlaku dalam masa terdekat ni..
JAULAH MAHABBAH KE PORT DICKSON...
nama dh gempak dh 2..
alhamdulillah suasana nye pon boleh tahan seronok dan memberikan kenangan manis dlm hidup aku..
mana x nye, 5 buah kete dan seramai 19 org yg terlibat dlm aktiviti ni..ni kira aktiviti kelas la..
dari start perjalanan tu hingga berakhirnya perjalanan tu..aku rasa sngt seronok.
x sangka kawan2 sekelas aku ni 'sporting'2 rupanye..dlm kelas sume mcm serius je memnjg...
bnyk la nk cite..kita tgk gambar je la..

Tmpt pertama kami singgah..RUMAH API TANJUNG TUAN

Cntik x ciptaan Allah ni? tenang je bila duduk kt sini

5 buah kete..n aku ditugaskn menjdi driver untuk kete TAQ 2..adeh

Ni adlh kwsn kediaman sementara kami

Ada swimming pool 2..tp x penah try pon nk mandi kt situ..MALAS!

Aktiviti pertama kami..barbeque!
Meraikan hari lahir kawan2 yg lahir pd buln januari

Dpt anugerah NERD??? haha..x pe la..

Nmpk sedap je...nyum2

Aktiviti keesokan harinya...perang belon air
Aktiviti explorace




Cari tembikai dgn mata tertutup?? ingt senang ke? sush kot



Itu la antara aktiviti2 yg aku rasa simple n slalu je wat kt kem2 tp lg bermakna bila wat dgn kwn2 yg selama ni kita jumpe dlm kelas je...laen 2...as conclusion...cewah..duk speaking lak..hargailah nilai ukhwah yg padanya mengandungi pelbagai kenangan yg x mungkin kita peroleh kt mana2..
aku harap ukhwah kami dalam TSA1 ni (kelas tutorial sejak fes year) akn terus erat..
Ada bentuk no 1 x? haha
The most beautiful picture that I ever have..:-)
lps ni harapnye ada la aktiviti seumpama ini..bru hilg tension jwb final exam hari 2..ok..sekian terima kasih



Wednesday 9 November 2011

Aidiladha membawa erti pengorbanan...

Assalamualaikum...
Kembali semula dlm menulis blog yg hampir sebulan ditinggalkan...sempena hari raya aidiladha ni...aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam di dunia ni..kullu a`min waantum bilkhair...sinonim dengan istilah korban ni...aku nk bawa satu cerita mengenai pengorbanan yang aku buat jugak..
sebut je hari raya...dh tentu la universiti aku pon bagi cuti....TAPI..alangkah x nikmatnya cuti ni bila semua lecturer berebut nk bagi kerja untuk bekalan masa cuti...huhu...dengan assignment yang melambak-lambak...naik cuti lak ada mcm-mcm kuiz menunggu...x kira lagi final exam yang x sampai 2 buln lg...fuhh...betul la orang kata lagi best blaja kt skola daripada universiti ni sebab kt sekolah sure-surenya akhir taun dpt cuti skola yang sngt panjang walaupun masih ada 'homework' yang perlu disiapkan (x pernah rasanya siapkan 'homework' kt rumah mse zaman skola dulu)....tapi bersyukur lah sebab masih ada ruang masa juga untuk aku menikmati juadah hari raya masakan mak aku berbanding orang-orang yang berada di perantauan yang x dapat nk balik raya tu kn...rasanya sampai sini je la dulu sebab nk sambung menyibukkan diri dengan 'homework' tu semula....moralnya...setiap pengorbanan yang kita lakukan pada masa sekarang pasti membawa impak positif pada masa hadapan....jadi...ikhlaskan la diri dalam melakukan pengorbanan tersebut walaupun pada hakikatnya pengorbanan itu tidak membawa erti kepada kita pada masa sekarang..wassalam..:-)

Friday 14 October 2011

Kehidupan baru...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...akhirnya menjengah ke blog ni juga setelah sekian lama meninggalkannya...kehidupan di universiti membuatkan diri terasa kerdil untuk melakukan semua perkara dalam satu masa....gelaran mahasiswa terlalu besar maknanya dari segi tanggungjawab dan bebanan kerja yang setaraf dengan namanya...walaupun baru melangkah tahun pertama di universiti, tetapi gambaran kehidupan sebagai mahasiswa sudah cukup membuatkan diri ini terlalu lemah untuk menghadapi semua ini...semoga Allah memberikan kekuatan kepada aku untuk menghabiskan sesi pengajian selama 4 tahun di sini...

Bila sebut je universiti lagi-lagi dalam program ijazah sarjana muda, terlintas di fikiran banyak 'assignment' yang bakal menanti....semuanya memerlukan pengurusan masa dan kemahiran individu untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan...kalau zaman sekolah dulu...semuanya cikgu yang tolong dari A sampai Z....tapi sekarang...tiada lagi istilah 'suap'....everything on your own....if u want to success, then  it is your effort to make it become a reality...do not ever to let your attitudes destroy your future...it will be a regretful moment that u cannot forget.,..jadi..berubah lah dari sekarang...INGATLAH BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU YANG MENGUBAH NASIBNYA SENDIRI...InsyaAllah....

Thursday 18 August 2011

RAMADHAN..

Assalamualaikum....
Akhirnya kembali mendapat idea setelah sekian lama tidak menulis di blog ni...bukan apa....dek kesibukan urusan-urusan yang lebih penting perlu diuruskn untuk persediaan ke universiti...sedar x sedar...sekarang ni dh msuk penggal kedua ramadhan...hampir saja meninggalkan kita untuk tahun 2011 ni...perasaan bercampur baur sebagai manusia biasa tatkala ramadhan ni berlalu meniti pengakhirannya...perasaan sedih apabila terfikirkan adakah ini ramadhan terakhir untuk aku? Gembira apabila terfikir nak raya...tapi...aku nk berkongsi sedikit ilmu yang x seberapa tentang ramadhan ni...

Ramadhan ni mempunyai 3 fasa:

Fasa pertama adalah fasa rahmat...yang mana Allah sentiasa mencurahkan rahmatNYA bagi hamba-hambaNYA yang sentiasa mendambakan rahmat daripadaNYA..

Fasa kedua adalah fasa keampunan...yang mana Allah sentiasa membuka pintu keampunan bagi hambaNYA yang bertaubat....

Fasa ketiga adalah fasa terlepas dari seksaan api neraka dan dikatakan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu MALAM LAILATUL QADAR...fasa terakhir ni lah biasanya masyarakat kita sekarang banyak yang terlepas...yela...dh dekat nak raya kn..persediaan raya lebih diutamakan daripada persediaan nak dapatkan malam yang tidak terdapat pada umat-umat sebelum ni....

Jadi...kita seharusnya menggunakan peluang ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ni dengan sebaiknya...cubalah untuk jadi seperti sahabat Rasulullah yang menangis kesedihan apabila tiba di penghujung ramadhan...bayangkan tahun 2011 ni adalah tahun terakhir kita melihat dunia ni...alangkah ruginya jika peluang terakhir ni tidak digunakan dengan sebaiknya...Ingatlah...setiap yang bernyawa itu akan merasai MATI dan AJAL kita tidak akan dicepatkan atau dilewatkan sesaat sekalipun apabila sudah tiba masanya...Wallahua'lam...

Sunday 17 July 2011

Redha memerlukan mujahadah...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...penantian berakhir semalam apabila pengumuman kos telah diketahui...aku bersyukur kerana masih diberikan nikmat untuk meneruskan pengajian di USIM tercinta....kos yg aku dpt juga tidak kurang hebat nya walaupon x sehebat kos perubatan atau pergigian...nk tau ape??? IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI MAKANAN)...aku memang minat terhadap biologi ni tapi masalah dlm menjawab soalan...pelik tapi benar..hehe

Walaupun aku gembira dan redha dengan rezeki yang aku dapat, tetapi ramai juga kawan-kawanku yang mengharapkan kos perubatan dan pergigian tidak kesampaian...dan ape lagi,mereka kecewa dan hampir putus harapan untuk belajar...aku agak sedih dengan keadaan kawan-kawanku....memang untuk redha atas sesuatu perkara tu adalah susah, tapi ia akan menjadi ubat yang paling berkesan untuk menenangkan hati apabila ia berjaya diperolehi....buktinya...aku sendiri dh merasai...ketika aku mendapat result exam semester 2, aku bagaikan tidak percaya dengan realiti...yeah...sukar untuk mempercayai ape yang kita harapkan tidak terjadi betul-betul terjadi di depan mata....rasa memang macam segala-galanya musnah sekelip mata...

TAPI...aku mengambil masa hampir seminggu untuk berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...biasa dengar kn ayat tersebut...tapi nk buat memang susah...aku bertarung dengan perasaan untuk meyakini ketentuan Allah itu adalah yang terbaik...memang susah nk tenangkn hati ni lagi-lagi ada syaitan yang selalu bisikkan kata-kata jahat...mula la fikir kalau la aku buat macam ni..tentu aku dapat macam ni...AWAS!! jika ia terjadi bermakna anda telah terpedaya dengan hasutan syaitan...Allah tidak suka kita mengungkit kejadian yang telah berlaku lagi-lagi dengan perkataan KALAU...alhamdulillah akhirnya aku dapat menerima kenyataan dengan redha...apabila pengumuman kos diumumkan, aku berasa gembira sekali dan bersyukur dengan apa yang aku dapat walaupun dahulunya aku memang teringinkn kos perubatan atau pergigian...tiada masalah lagi untuk aku kecewa seperti dahulu..memang manis nikmat redha apabila ia meresap di dalam hati...

Akhir kalam,yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih...Dia tidak akan memberikan apa yang kita nak tapi Dia memberikan apa yang kita perlu....dan ingatlah...Allah sebaik-baik perancang...Allah telah menentukan kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan yang kita sendiri tidak pernah tau..yang penting DOA...DOA lah yang akan menyambungkan hati kita dengan Allah..secara tidak langsung, hati kita akan menjadi tenang setelah berhubung dengan Pencipta kita sendiri....NIKMAT REDHA HANYA AKAN DIKECAPI BAGI MEREKA YANG BERMUJAHADAH UNTUK MENCAPAINYA....wassalam