Thursday 18 August 2011

RAMADHAN..

Assalamualaikum....
Akhirnya kembali mendapat idea setelah sekian lama tidak menulis di blog ni...bukan apa....dek kesibukan urusan-urusan yang lebih penting perlu diuruskn untuk persediaan ke universiti...sedar x sedar...sekarang ni dh msuk penggal kedua ramadhan...hampir saja meninggalkan kita untuk tahun 2011 ni...perasaan bercampur baur sebagai manusia biasa tatkala ramadhan ni berlalu meniti pengakhirannya...perasaan sedih apabila terfikirkan adakah ini ramadhan terakhir untuk aku? Gembira apabila terfikir nak raya...tapi...aku nk berkongsi sedikit ilmu yang x seberapa tentang ramadhan ni...

Ramadhan ni mempunyai 3 fasa:

Fasa pertama adalah fasa rahmat...yang mana Allah sentiasa mencurahkan rahmatNYA bagi hamba-hambaNYA yang sentiasa mendambakan rahmat daripadaNYA..

Fasa kedua adalah fasa keampunan...yang mana Allah sentiasa membuka pintu keampunan bagi hambaNYA yang bertaubat....

Fasa ketiga adalah fasa terlepas dari seksaan api neraka dan dikatakan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu MALAM LAILATUL QADAR...fasa terakhir ni lah biasanya masyarakat kita sekarang banyak yang terlepas...yela...dh dekat nak raya kn..persediaan raya lebih diutamakan daripada persediaan nak dapatkan malam yang tidak terdapat pada umat-umat sebelum ni....

Jadi...kita seharusnya menggunakan peluang ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ni dengan sebaiknya...cubalah untuk jadi seperti sahabat Rasulullah yang menangis kesedihan apabila tiba di penghujung ramadhan...bayangkan tahun 2011 ni adalah tahun terakhir kita melihat dunia ni...alangkah ruginya jika peluang terakhir ni tidak digunakan dengan sebaiknya...Ingatlah...setiap yang bernyawa itu akan merasai MATI dan AJAL kita tidak akan dicepatkan atau dilewatkan sesaat sekalipun apabila sudah tiba masanya...Wallahua'lam...