Sunday 17 July 2011

Redha memerlukan mujahadah...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...penantian berakhir semalam apabila pengumuman kos telah diketahui...aku bersyukur kerana masih diberikan nikmat untuk meneruskan pengajian di USIM tercinta....kos yg aku dpt juga tidak kurang hebat nya walaupon x sehebat kos perubatan atau pergigian...nk tau ape??? IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI MAKANAN)...aku memang minat terhadap biologi ni tapi masalah dlm menjawab soalan...pelik tapi benar..hehe

Walaupun aku gembira dan redha dengan rezeki yang aku dapat, tetapi ramai juga kawan-kawanku yang mengharapkan kos perubatan dan pergigian tidak kesampaian...dan ape lagi,mereka kecewa dan hampir putus harapan untuk belajar...aku agak sedih dengan keadaan kawan-kawanku....memang untuk redha atas sesuatu perkara tu adalah susah, tapi ia akan menjadi ubat yang paling berkesan untuk menenangkan hati apabila ia berjaya diperolehi....buktinya...aku sendiri dh merasai...ketika aku mendapat result exam semester 2, aku bagaikan tidak percaya dengan realiti...yeah...sukar untuk mempercayai ape yang kita harapkan tidak terjadi betul-betul terjadi di depan mata....rasa memang macam segala-galanya musnah sekelip mata...

TAPI...aku mengambil masa hampir seminggu untuk berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...biasa dengar kn ayat tersebut...tapi nk buat memang susah...aku bertarung dengan perasaan untuk meyakini ketentuan Allah itu adalah yang terbaik...memang susah nk tenangkn hati ni lagi-lagi ada syaitan yang selalu bisikkan kata-kata jahat...mula la fikir kalau la aku buat macam ni..tentu aku dapat macam ni...AWAS!! jika ia terjadi bermakna anda telah terpedaya dengan hasutan syaitan...Allah tidak suka kita mengungkit kejadian yang telah berlaku lagi-lagi dengan perkataan KALAU...alhamdulillah akhirnya aku dapat menerima kenyataan dengan redha...apabila pengumuman kos diumumkan, aku berasa gembira sekali dan bersyukur dengan apa yang aku dapat walaupun dahulunya aku memang teringinkn kos perubatan atau pergigian...tiada masalah lagi untuk aku kecewa seperti dahulu..memang manis nikmat redha apabila ia meresap di dalam hati...

Akhir kalam,yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih...Dia tidak akan memberikan apa yang kita nak tapi Dia memberikan apa yang kita perlu....dan ingatlah...Allah sebaik-baik perancang...Allah telah menentukan kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan yang kita sendiri tidak pernah tau..yang penting DOA...DOA lah yang akan menyambungkan hati kita dengan Allah..secara tidak langsung, hati kita akan menjadi tenang setelah berhubung dengan Pencipta kita sendiri....NIKMAT REDHA HANYA AKAN DIKECAPI BAGI MEREKA YANG BERMUJAHADAH UNTUK MENCAPAINYA....wassalam

4 comments:

  1. tq faris..

    "NIKMAT REDHA HANYA AKAN DIKECAPI BAGI MEREKA YANG BERMUJAHADAH UNTUK MENCAPAINYA..."

    semua ad hikmahnye kan?

    ReplyDelete
  2. sama-sama nik...

    yup....semua perkara yang terjadi kt dunia ni ada hikmah yang manusia sendiri tak tau...cuma orang yang benar-benar percaya je akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dia dapat...

    apa-apa pon...jgn sedeyh2 dan kuatkan hati untuk terus berjuang...siapa tau rezeki kita lebih baik kt tmpt tu...

    p/s: target dean list jom!!! hehe...

    ReplyDelete
  3. menarik.. jumpa di sana agy yer.. harap2 tiada nighmare di nilam tidak berulang lagi.. hehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..like it!tq gak faris..truskan usaha kita!smoga bjya mlalui semua ujian ini dgn tabah~ ^__^

    ReplyDelete