Monday 4 July 2011

Rambut sama hitam,hati lain-lain

Hari ini berlaku lagi pengalaman baru di depan mata aku....masanya ketika aku sedang bekerja di stesen minyak...peristiwa ni berlaku tanpa di duga....ketika semua orang sedang sibuk untuk mengisi minyak kereta mereka...tiba-tiba seorang manusia ni menjerit..."aiyak, apa pasal ini minyak tidak mahu keluar??? Saya sudah bayar maa"..aku pon segera pergi kepada beliau....sedang sibuk melayan kerenah si pulan ni...tiba-tiba teriak lg seorang manusia.."apa ini punya stesen minyak, minyak pon x da, mana mau maju ini macam la...haiyaa"..aku terkesima dengan kata-kata tersebut..terus aku menuju ke kaunter untuk bertanyakan masalah yang dihadapi... pihak yang menjaga kaunter terus mencuba untuk membetulkan keadaan sedangkan semakin ramai manusia yang memenuhi stesen minyak tu...adoyai...kalut gak aku dibuatnya...mana x nya...masing-masing dh mula bengang sebab minyak tiba-tiba wat hal x nk keluar...duit dh dibayar di kaunter..maka muncul la pelbagai kata-kata yang tidak enak untuk di dengar.. namun begitu..masih ada juga aku lihat manusia yang menunggu dengan penuh kesabaran tanpa berkata apa-apa...memang respect la aku ngan beliau-beliau ni....dari sini aku dapat pengajaran bahawa walaupun manusia ni memang asalnya dijadikan daripada tanah yang sama....tapi segumpal darah bernama hati dalam diri mereka mempunyai pelbagai rupa yang berbeza...ada yang mungkin telah banyak titik hitam yang menyebabkan mereka tidak dapat menahan sabar walaupun ujian kecil menimpa....ada juga yang mungkin hati mereka seputih kapas yang menyebabkan mereka sentiasa tersenyum walaupun berada dalam ujian yang diberikan....jadi kesimpulannya...mari lah kita renung kembali apakah hati kita telah dipenuhi dengan titik hitam yang menjadikan kita hilang sifat mahmudah ataupun masih lagi mempunyai cebisan-cebisan ruang untuk dipenuhi dengan sinar cahaya keimanan yang menjadikan kita tabah dengan ujian yang dihadapi..renung-renungkanlah..:-)

No comments:

Post a Comment