Thursday 30 June 2011

Antara impian dan kenyataan.....

Hanya tinggal impian untuk aku bergelar seorang doktor.....Doc Fars....itu nama gelaran yang sering aku gunakan untuk menjadikan ianya identiti aku....ramai juga yang sering memanggil aku doktor ketika di bangku sekolah kerana gaya aku yang seumpama doktor...ada juga rakan-rakanku yang memanggil sedemikian kerana rupa paras aku yang "skema"....dan semestinya panggilan itu terus lekat di bibir mereka yang mengetahui aku melanjutkan pelajaran di usim dalam tamhidi perubatan.....namun begitu...harapan dan impian untuk menjadikan gelaran itu menjadi satu realiti sudah tiba ke penghujungnya.....result exam yang baru sahaja diumumkan membuatkan aku ingin terus melupakan gelaran itu seumur hidup aku....ianya bagaikan sembilu yang menusuk apabila dikenang kembali.....aku tahu memang takdir yang telah tercatat di Loh Mahfuz bahawa aku bukanlah "doc to be" yang sering digelar oleh rakan-rakanku...aku sekarang adalah seorang insan yang tidak mempunyai cita-cita lagi dek kekecewaan yag dialami setelah menerima hakikat sebenar..namun begitu...tersemat jauh di dalam naluri aku bahwa aku akan menebus segala kepahitan yang aku alami ini dengan mendapatkan segulung ijazah sarjana muda dan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah untuk bergelar seorang pensyarah....ini adalah kenyataan yang perlu aku hadapi demi menjadikan masa depan aku tidak hanya bergantung kepada angan-angan semata-mata.....insyaAllah

No comments:

Post a Comment